Pendapatan CPA Berhasil
Aku rasa kelakar pun ada. Lepas aku pos artikel lepas bertajuk alternatif buat duit internet tempohari, terus CPA aku mula menunjukkan hasil. Actually, aku tak berharap sangat dengan CPA tu lepas Adsense buat hal. Tapi, sebaliknya pula berlaku dan aku mula rasa seronok.
Aku rasa la kan, Affiliate Manager tu mungkin terbaca blog aku hari tu kot. Tu yang gelabah tu. Mungkin dia faham bahasa Malaysia… hehehe
So, apa yang telah berlaku? Camner CPA aku boleh menjana hasil pendapatan pasif?
Untuk makluman korang yang baca ni, aku tak buat langsung promosi atau video marketing terbaru. Masa nak pulun Adsense hari tu, ada la aku upload beberapa video untuk tarik trafik. Lepas tu aku stop terus. Tapi, video tersebut masih ada dan trafik masih datang ke blog aku tu.
Mari baca lagi. Aku nak dedahkan teknik yang aku buat untuk tweak dan wujudkan conversion.
First aku buang semua iklan Adsense sebab kena smart pricing. Then, aku gantikan dengan iklan CPA daripada PrimaryAds. Seminggu aku tunggu takde hasil langsung. Trafik daripada video marketing dulu masih ada. Tetapi tiada conversion daripada CPA tu.
Hairan juga ye. CPA ni tak memerlukan visitor untuk beli apa-apa. Cuma perlu signup atau sertai sesuatu offer sahaja. Logiknya, lebih mudah nak dapat conversion.
So, aku kaji balik apa kesilapan aku. Dapat!
Aku buat perubahan berani. Aku buang semua pos kat blog tu. Jadi ada single post aje.
Lepas tu, buang semua iklan CPA tu balik dan gantikan dengan satu link sahaja daripada pos blog. Kiranya, visitor tiada pilihan. Sama ada klik link tu atau tutup browser. Macam paksa rela la tu…
Hasilnya adalah seperti berikut:

Hasilnya adalah $16.25 untuk 3 hari. Not bad…
Lebih mudah daripada Google Adsense. Nampaknya, aku boleh la fokus dan pulun dengan CPA pula lepas ni.
Technorati Tags: buat duit, cari duit, duit adsense, Google AdSense, pendapatan adsense, paypal, duit cpa, pendapatan sampingan
Alternatif Buat Duit Internet
Ok la geng. Aku declare minggu lepas minggu kegagalan aku buat duit dengan Google Adsense dan juga CPA. Kalo korang ikuti topik Projek Adsense aku, korang akan maklum aku cuba dapatkan USD100 dari Adsense dalam masa 2 minggu.
Ye la. Aku ni seorang mamat ‘kutu berahak’ biasa. Dah gagal tu kena la mengaku dan telan kepahitan. Lain la kalau aku ni otai macam korang. Takpe, hidup mesti terus!
Disebabkan kena smart pricing dengan Adsense yang tak guna tu, plan USD100 asal aku terhenti kejap. Sebelum tu aku boleh dapat minimum $0.30. Dah kena smart pricing, jadi plak $0.01. Mana tahan beb…
Jadi, aku cari alternatif. Aku buang semua iklan Adsense dan ganti dengan iklan CPA.
Aku dah berdaftar dengan PrimaryAds dan cuba letak iklan CPA. Trafik banyak, tapi takde 1 pun convert?
Hairan ye, bukan visitor kena beli apa-apa pun. Cuma submit poskod aje… duh
Lihat laporan terkini aku daripada PrimaryAds
Aku dengar PrimaryAds ni nakal sikit. Main taktik kotor tak bagi report yang betul dengan sembunyikan leads yang dah convert. Aku pun tak nak la cepat salahkan diorang.
Maybe aku pun ada tersalah taktik. Trafik tak berkualiti kot atau cara aku paparkan iklan tu tak menarik perhatian.
Tapi takpe, aku cuba apply dengan RocketProfit. Nanti boleh bandingkan conversion antara kedua affiliate network ni. Baru kita tau siapa yang salah dan siapa yang nakal… hehehe

Aku juga dah berdaftar dengan CJ. Masalah dengan CJ ni plak, setiap kali aku apply program2 affiliate kat dalam tu mesti kena auto-reject. Reasonnya, sebab aku non-US. Merchant US dah set untuk affiliate US sahaja maka application aku di auto-reject sebab aku duduk kat Ampang, Malaysia.
Ceh! Buang karen betul la CJ ni…
Kalau korang ada tips dan idea untuk mengatasi masalah CJ ni, tolong la reply kat comment… okay?
Aku hargai bantuan korang. Thanks.
Memandangkan aku ni dah full time IMer, apakah langkah pemulihan untuk cover income aku bulan ni? Berat juga tu beb nak jawab. Lagi parah kalau dah ada tonggengjawab berfamili ni… iskh
Nampaknya, aku kena la pulun pula penjualan ebook dan direct affiliate. Syukur, at least ada la juga income dalam PayPal aku.
Maybe, strategi yang ini aku belum dedahkan lagi kepada korang. Selain buat Adsense dan CPA ni, aku terpaksa jual ebook dan cari direct affiliate yang boleh bayar ke PayPal. So, melalui kaedah ini sahaja baru aku boleh secure income aku setiap bulan.
Terpaksa beb. Kalau tak buat begini, camner aku nak cover income joli katak aku setiap bulan, perbelanjaan famili dan beli susu anak. Jadi otak terpaksa la ligat sedikit buat duit… huhuhu
Technorati Tags: buat duit, cari duit, duit adsense, Google AdSense, pendapatan adsense, paypal, duit cpa, pendapatan sampingan



















Recent Comments