Pendapatan CPA Berhasil
Aku rasa kelakar pun ada. Lepas aku pos artikel lepas bertajuk alternatif buat duit internet tempohari, terus CPA aku mula menunjukkan hasil. Actually, aku tak berharap sangat dengan CPA tu lepas Adsense buat hal. Tapi, sebaliknya pula berlaku dan aku mula rasa seronok.
Aku rasa la kan, Affiliate Manager tu mungkin terbaca blog aku hari tu kot. Tu yang gelabah tu. Mungkin dia faham bahasa Malaysia… hehehe
So, apa yang telah berlaku? Camner CPA aku boleh menjana hasil pendapatan pasif?
Untuk makluman korang yang baca ni, aku tak buat langsung promosi atau video marketing terbaru. Masa nak pulun Adsense hari tu, ada la aku upload beberapa video untuk tarik trafik. Lepas tu aku stop terus. Tapi, video tersebut masih ada dan trafik masih datang ke blog aku tu.
Mari baca lagi. Aku nak dedahkan teknik yang aku buat untuk tweak dan wujudkan conversion.
First aku buang semua iklan Adsense sebab kena smart pricing. Then, aku gantikan dengan iklan CPA daripada PrimaryAds. Seminggu aku tunggu takde hasil langsung. Trafik daripada video marketing dulu masih ada. Tetapi tiada conversion daripada CPA tu.
Hairan juga ye. CPA ni tak memerlukan visitor untuk beli apa-apa. Cuma perlu signup atau sertai sesuatu offer sahaja. Logiknya, lebih mudah nak dapat conversion.
So, aku kaji balik apa kesilapan aku. Dapat!
Aku buat perubahan berani. Aku buang semua pos kat blog tu. Jadi ada single post aje.
Lepas tu, buang semua iklan CPA tu balik dan gantikan dengan satu link sahaja daripada pos blog. Kiranya, visitor tiada pilihan. Sama ada klik link tu atau tutup browser. Macam paksa rela la tu…
Hasilnya adalah seperti berikut:

Hasilnya adalah $16.25 untuk 3 hari. Not bad…
Lebih mudah daripada Google Adsense. Nampaknya, aku boleh la fokus dan pulun dengan CPA pula lepas ni.
Technorati Tags: buat duit, cari duit, duit adsense, Google AdSense, pendapatan adsense, paypal, duit cpa, pendapatan sampingan















apa CPA tu? program mana erkk??